Apa khabar semua? Mesti ramai yg online malam2 mcm ni kan...
Saya sihat tapi sedih sikit...
Kat sekolah tadi, saya kutip salinan surat beranak murid2 tahun 2 Mutiara. Banyak maklumat kena lengkapkan pada buku kehadiran diaorg. 2 Mutiara ni ialah kelas terakhir daripada 5 kelas. Memang separuh murid tak pandai membaca. Menulis pun lambat. Tapi saya suka kelas saya ni sebab diaorg tak nakal...
Sedang asyik mengutip kertas tu, tiba-tiba mata terpaku pada sehelai yg terakhir hantar...
paham tak maksud surat beranak dia ni??
Biarlah saya namakan dia Nor je. Nor ni comel, mata dia redup, hidung mancung, kulit mcm kulit telur, tulisan kemas dan yg penting sekali perangai dia baik. Sebab tu saya lantik dia jadi penolong ketua kelas sejak hari pertama saya masuk 2 Mutiara. Sayang betul saya kat Nor...
Kalo saya jumpa mak dia, saya nak ucap tahniah. Sebab apa?? Sebab dia tak campak Nor mcm sampah sebaik dilahirkan 8 tahun lepas. Walaupun masa tu dia blm lagi ambik SPM, tapi nyata dia matang dlm membuat keputusan. Dia bagi peluang utk anak secomel Nor menghirup udara di bumi Allah ni...
Saya sebak, sangat sedih...Saya tinggalkan 2 Mutiara dengan latihan Articles 5 soalan dan keluar 10 minit awal. Alasan saya ialah saya nak solat Asar. Padahal?? Saya ke tandas dan melepaskan sebak di dada...
Saya sangat sedih sekarang...
Jumpa lagi nnt ya...lebiuuu oll...
Wassalam...
4 comments:
I understand the feeling dear...Memang budak tu tak berdosa...Alhamdulillah Nor dah dibesarkan oleh insan yg berhati mulia...
xtaw nk ucap apa kt ibu nor ni..sbb dia sgt brani..membesarkan ank dia tanpa seorg suami..kesian kt nor yg xbedosa dan xtaw apa2..apa la dia nak citer pasal ayah dia kn..?simpati tok budak yg comel tu..semoga nor mmbesar menjadi ank yg solehah dan berjaya dgn harapan dpt mmbalas jasa ibu yg membesarkan dia sorang2..Amin
cayalah mak dia ni...siapalah kita nak menghukum org camni...setiap org ada kesilapan masing2..itu dugaan dia tapi sanggup pikul tjwb tu...x mcm bapaknyer yg lesap ke mana..
sebak baca entri ni...
Post a Comment