advertisment

Thursday, March 24, 2011

Nak jadi cikgu?? Hati kena ikhlas...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...

Saya kat sekolah...Skang ni free period...duk tanda buku kanak2 ni...mate mengantuk tp jap lagi saya nak kanak2 guna buku ni dan hantar English 2 pulak...

Bagai ada magic, tiba2 buku yg ditanda dlm keadaan mengantuk tu, siap ditanda...sungguh magic...Syukur alhamdulillah. Oleh yg demikian dapatlah saya menulis sepatah dua kata di sini...hehe...

Dulu, saya tak pernah terfikir nak jadi cikgu.  Bila dah 'terjadi' cikgu ni, 10 tahun pertama saya adalah tidak ikhlas mengajar. Tapi walaupun saya tak ikhlas, saya masih melaksanakan tugas mengajar, habiskan sukatan dan menanda buku...

Maksud tak ikhlas saya di sini ialah, saya tidak melakukannya sepenuh hati...Boleh bayangkan tak kerja yg dilakukan separuh atau suku hati??? Tak kemas, tak cermat, comot dan mcm2 lagi walaupun keja tu siap...

Sampai bila saya nak tak ikhlas??? Ntah lah saya x tahu...Saya x pernah terfikir yg duit gaji yg saya dapat setiap bulan dan bg makan anak2 dgn duit tu, adalah dari sumber yg halal tapi x ikhlas...Kesian anak2...

Selama ini, hidup saya kerap tidak teratur. Puncanya duit selalu tak mencukupi. Apa puncanya??? Puas saya memikirkan puncanya, sehinggalah saya dicampakkan ke sekolah baru ini. Di sinilah saya 'nampak' segala2 galanya...Saya nampak ibu kepada semua masalah saya selama ni....

Di sini, saya cuba meng-ikhlaskan hati saya mengajar anak2 didik seikhlas2nya...Banyak peluang yg datang utk saya perbaiki kesilapan lalu terhadap anak2 didik. Dan, pada hari ini...memang saya menjadi seorang guru bukan lagi kerana dipaksa mak ayah, tapi Lillahi Taala...

Selama 3 bulan setelah mengikhlaskan diri di sini...banyak perubahan yg saya rasa...Saya tidaklah menjadi kaya raya, tetapi hidup saya semakin teratur dan kewangan semakin kukuh. Semuanya kerana saya berniat kerana saya mahu menjadi guru dengan hati yg ikhlas.

Pengakuan ikhlas dari saya yg manis...



Loceng dah bunyi...masuk kelas time...

Jumpa lagi nnt...Lebiuuu oll...

Wassalam...

1 comment:

luckylizan said...

saya sungguh respek dengan cikgu2 kerana dapat mengajar anak bangsa.. saya nak ngajar anak umo 4 tahun pun rasa macam nak gantung diri kat pokok tauge..inikan pula anak bangsa.... tabik spring untuk cikgu-cikgu...toing toing toing