advertisment

Friday, April 8, 2011

Sebab dilarang pilih laki orang...

Assalamulaikum...

Mggu ni saya asek2 cerita hal bini orang bercinta dgn duda dan janda bercinta ngan laki orang...

Ada orang panas punggung ckp "ce ko bg sebab apesal aku x boleh ambik laki orang...???"

Well Makcik Minah Kepoh, saya ada 7 sebab...bukan SATU je tapi TUJUH sebab kenapa awak tak boleh ambik laki orang...

Pertama : 
Laki orang tak kan berani ada sebarang komitmen dengan awak.
Mungkin dia meluahkan perasaan bahawasenye, dia x happy dengan bini nye. Kira mcm kurang kasih sayang dari bini la ni. Dia akan kelihatan yakin dan gembira bila bersama awak smbil2 menabur janji2 manis dan HARAPAN PALSU. Tapi percaya lah, kata2 dia tu hanya utk meraih cinta awak je...

Kedua :
Dia sanggup menipu bini nya.
Bila dia dilanda masalah rumahtangga, dia keluar mencari hiburan di luar rumah tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu dengan bini nye. Alasan seperti jumpa kawan, jumpa client itu adelah modal bg dia. AWAK ialah PUNCA UTAMA dia menipu bini nye. Sila ingat baik2 bahawa, kalau dia boleh tipu bini nye, dengan awak pun ape salahnye menipu jgk kan???

Ketiga :
Hubungan secara sulit.
Awak perlu ingat bahawa hubungan terlarang ni adelah amat meletihkan. Nak jumpa pun sorok2, nak bertelefon pun tak boleh kerap2...ini yg menjadikan hubungan awak dgn laki org TAK BEST! Sentiase dalam ketakutan sebab takut orang nampak dan report kat bini dia...

Keempat :
Mampu ke awak mencintai laki orang???
Soalan ni bermaksud sanggup ke awak nak bercintan cintun dgn lelaki yg x jujur dgn bini dia??? Kalau dia jujur dan ikhlas, terus teranglah dgn bini dia kan...Alasan TAK SANGGUP LUKAKAN HATI bini memang xleh pakai sbb di saat pertama dia berhubungan sulit dgn awak, hati bini dia bukan hanya luka tapi dah cedera parah!

Kelima :
Pemusnah rumahtangga orang lain.
Yg ni saya tuju khas utk AWAK! Sepatutnye sebagai pompuan, awak harus lebih paham hati pompuan lain.  Ce bayangkan kalau laki awak dingorat pompuan lain yg lebih jelita dan vogue daripada awak...Best ke? Ingat ni, hari ni awak ambik laki orang, esok luse awak rase lah mcmana orang ambik LAKI AWAK pulak!

Keenam :
Laki orang tu akan hilang rasa hormat pada awak.
Dia memang cintan cintun abes2an dengan awak. Tapi, dalam hati dia memang dia xkan respek la dengan awak sebab MUDAH SANGAT TERPEDAYA dengan mulut manis dia tu. Belum jadi bini semuanya memang la best belake. Ce cari ade ke buaya yg menolak bangkai???

Ketujuh dan yg last :
Masa itu berlian (bukan emas lagi dah).
Hubungan sulit awak ngan laki orang ni pastinye akan berlanjutan selama beberapa tahun. Betul tak??? Benda terlarang xkan la sekejap je kan?? Setan x duduk goyang kaki tau, mesti banyak agenda dia susun utk awak dan laki orang tu. Sedar tak sedar, umur awak semakin tua. Awak akan merasakan hidup awak sangat TIDAK BERMAKNA kerana mensia2kan usia muda awak...Masa tu, awak dah banyak kedut, dia pun dah tak pandang...kakakakakah...

Ini semua adelah laki orang...sila jangan goda...




Sila baca ulang2 sebagai panduan kita semua...

Jumpa lagi nnt ya...Lebiuuu oll... Wassalam...

No comments: