advertisment

Sunday, April 24, 2011

Nama je mempelam siam...tapiiiii...


Assalamualaikum...

Selamat petang Ahad...

Kat belakang rumah rumah saya ade sebatang pokok pelam siam. Alaaa...pelam warna kuning oren yg slalu org jual kat pasar malam tu...Benih dia dulu saye beli kat nursery je... Pelam tu memang manis mcm gula.

Tapi, dah lebih setahun dia tak berbuah! Daun je banyakkkk...Ape awak ingat saya ni beso kan awak supaya saya dapat mamah daun2 awak tu, pokok??? Pokok pelam ringan jiran sebelah rumah daun nya sikit je, tapi buah dia bergayut sana sini dengan sgt lebat. Tapi sebab dia adelah pauh ringan, badan kecik dan masam, semua org adelah tak terliur langsung...

Dulu pun dia pernah buat perangai mcm ni. Tak nak berbuah! c Poziah hangen, dia ambik parang dia takik2 batang pokok tu. Siap cakap suara kuat lagi, Kalau tak nak berbuah, aku tebang! Tak lama pastu dia kuar pucuk. Lame2 adelah buah yg tak sampai 20 bijik. Tu pun ketot2 je...

Semalam kat kenduri, ade pkcik tu bg petua. Kalo pokok pelam tak nak berbuah, kumpulkan daun2 dia yg kering dan luruh tu kat bawah pokok tu. Pastu bako. Hari ni, jam 3 tadi, di saat panas berdiri c Poziah dah buat upacara pembakaran tersebut...

Pas ni, kalo tak berbuah jugak, saya sendiri akan gi tebang dia tu...Bio rase! Derhake! hehe...

Jumpa lagi nnt ya...Lebiuuu oll...

Wassalam...

3 comments:

F A I Z said...

tamat tempoh dak pokok tu

simanis said...

heehehe...

SALMAH TAJUDDIN said...

cian pokok tu.hehehehhe.cuba trim daun nyer.cantas mana yg ptt.bg baja NPK.SIRAM air basuhan ikan.air basuhan beras.try dlu