advertisment

Saturday, May 14, 2011

Menteri Pelajaran melawat Kuantan...


Assalamualaikum...

Selamat hari Sabtu...

Saya baru balik Pusat Sumber Negeri Pahang. Tadi tu, ade lawatan Timbalan Perdana Menteri, nama dia Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. Dia tu merangkap Menteri Pelajaran jugak. Kedatangan dia tadi adelah sempena Program Bersama Warga Pendidik, NGO's dan Penduduk Mukim Beserah.

C Hishamuddin Menteri Dalam Negeri pun ade. Tapi yg saya pelik, c Adnan Yakob (Pahang MB) boleh bagi ucapan tentang Lynas iaitu kilang radioaktif yg berura-ura nak didirikan di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Kata beliau, "Apa nak ditakutkan tentang radiasi??? Radiasi adalah bersumberkan matahari. Radiasi adelah berada sekeliling kita. Dalam telefon, kereta hybrid, macam-macamlah..."

Saya tak paham kenapa benda2 mcm ni disebut dalam pertemuan dengan warga pendidik DUN Beserah yg lebih kurang 2000 orang (tak sampai pun rasa nya tadi)...Saya tak tunggu lama. Saya rasa penat otak, buang masa...sebab bagi saya apabila diwajibkan semua warga pendidik berhimpun, mesti ada sesuatu untuk diumumkan kepada guru2 ini... Rupa2 nya hampas kelapa!

Disampaikan juga, bantuan untuk 250 orang pelajar2 miskin. Budak2 ni dapat bantuan rm500 tiap orang. Lega lah juga sebab diaorang ni rata2 yg ayahnya nelayan. Bantuan ini disalurkan direct daripada Yayasan Pahang yang menjana pendapatan dengan hasil balak dan kelapa sawit bak kata MB.

Terima kasih TPM... Jasamu dikenang...

Semoga lepas ni anak2 murid saya lebih cemerlang setelah menggunakan wang sumbangan itu...

Saya nak rehat pulak, penat!

Jumpa lagi nnt ya...Lebiuuu oll...

Wassalam...