advertisment

Tuesday, May 10, 2011

Mencemar imej cikgu!!!


Assalmualaikum...

Pagi2 saya rasa hangat hati...Baca myMetro...

Guru sunyi noda pelajar

KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.

Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.


“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.


#$@$%#$%$I^I^I^&%O^(^&* punye cikgu!!!

Jumpa lagi nnt ya...Lebiuuu oll...

Wassalam...


3 comments:

Maira Quee said...

nila setitik rosak susu sebelanga..

http://ctqueen.blogspot.com/2011/05/pembubaran-bloglist-pandai-ke-aq.html

jemput join bloglist

Srikandi Bonda said...

Tersentap bila baca.. Apa nak jadi. Memang merosakkan identiti seorang guru.

eeeda said...

Memalukan betul... dah la berlaku di kg den...